Thursday, September 11, 2014

~ Perfume Grade AAA (Dubai Grade) & Original ~

      Kakak2, abang2, adik2 sekalian. Meh dekat, meh rapat. Dah rapat, lagi rapat. Kalau berminat boleh wassap aku terus 0174647586. Inshaaallah semua jenama available. Tapi ape2 wassap aku dulu jenama ape yang menjadi idaman korang untuk aku cek available or tak. Bukan semua jenama ade grade AAA & bukan semua jenama ade grade original.

 Grade AAA ~ RM50/bottle
Original ~ Depends on jenama


Di antara jenama yang mendapat permintaan ramai:
Amore Mio Forever Jeanne Arthes for women 100ml
Original ~ RM99
Grade AAA ~ N/A


Glow After Dark Jennifer Lopez for women 100ml
Original ~ RM175
Grade AAA ~ N/A

Paco Rabanne 1 Million Intense for men 100 ml
Original ~ RM309
Grade AAA ~ RM50

Hugo Boss Music Limited Edition for men 125 ml
Original ~ N/A
Grade AAA ~ RM50


Coco Chanel Mademoiselle  for women 100 ml
Original ~ N/A
Grade AAA ~ RM50

Deseo Jennifer Lopez for women 50ml
Original ~ RM140
Grade AAA ~ RM50


Kenneth Cole Black for man 100 ml
Original ~ RM169
Grade AAA ~ N/A


Kim Kardashian True Reflection for women 100 ml
Original ~ RM189
Grade AAA ~ N/A

Daisy Eau So Fresh for women 75 ml
Original ~ RM279
Grade AAA ~ RM50

Chance by Chanel for women 100 ml
Original ~ N/A
Grade AAA ~ RM50

James Bond 007 Ocean Royal for men 30 ml
Original ~ RM143
Grade AAA ~ N/A

P/S ~ Banyak lagi minyak wangi yang ada. Kalau nak show semua 100 pages pon belom tentu cukup. Jangan malu jangan segan. Sila order kalau dah berkenan. 


Monday, July 21, 2014

~ Menghitung hari : Minggu Pertama hingga Minggu Ke-18 ~


Sudah bersediakah aku? Bila soalan ini ditujukan kepadaku, ternyata tiada jawaban mampu terungkap di bibir. Terbit di hati rasa syukur tidak terhingga kepada Yang Kuasa di atas kurniaan yang satu ini. InshaaAllah akan kami berusaha melakukan yang terbaik bagi memikul amanah ini. Diari ni di hadiahkan oleh suami selepas beberape hari kami menerima berita gembira ni. Kononnye nak aku menulis la setiap perkembangan anak dalam kandungan ni. Tengok lah kalau rajin aku tulis la. Kalau tak memang aku biar kosong je lah buku ni ye. Harap maklum :)

16/6/14 ~ 1st time aku ke Klinik Kesihatan Nibong Tebal untuk dapatkan buku pink ni. Melilau jugak la suami aku mencari lokasi klinik ni yang terletak agak tersorok dari kesibukan pekan Nibong Tebal. Alhamdulillah akhirnya jumpa jugak. Penat mencari terubat serta merta dengan layanan baik nurse2 kat sane. Ternyata diorang ramah sangat. Tambahan pulak sistem perkhidmatan yang teratur memang tersangat memudahkan kami. Dalam hati berbisik, tak la teruk sangat klinik kerajaan ni macam di war-warkan oleh sesetengah pihak. Alhamdulillah jugak aku dapat nurse yang sangat baik & lembut hati yang bakal memantau aku sepanjang tempoh kehamilan aku ni; Kak Ros. 

1/7/14 ~ Time ni dah masuk 15 minggu 2 hari kandungan aku. Haritu aku p checkup sorang2 tanpa Nasa. Almaklumlah kesian nak suruh dia turun Penang tiap2 minggu. Awal2 ni aku still ok nak drive sorang2, so, aku p sendiri lah. Tapi, sampai2 klinik je dah kena usik ngan kak Ros & doktor kat situ. Kesian sungguh  katanye time mengandung ni kena p checkup sorang2. Perut dah makin memboyot nanti lagi kesian. Huhu.. Sedih jugak tengok perempuan lain sume suami diorang ade tunggu kat luar. :'(

3rd appoinment aku untuk checkup ialah 22/7/14. Malam sebelum tu aku pon bukak la diari yang suami hadiahkan tu. Nak study sikit ape yang patut. Supaye time appoinment nanti tak la nampak aku ni macam tak tau ape2 langsung. Kalau ikutkan esok masuk minggu ke-18 dah. Aku belum rase lagi semua yang tertulis kat diari tu. Menanti dengan harapan. Xcited!!!

P/S ~ 22/7/14 wajib bangun awal. Jam 8.15 pagi dah nak terpacak kat depan klinik. Cepat pi cepat balik. Aku tak apply cuti pon untuk pi checkup ni. So, kalau boleh aku kena masuk office sebelum jam 10 pagi. Tak rugi cuti aku. Hihi


Monday, July 7, 2014

~ Ahlan Wassahlan Ya Ramadhan ~


Sedar tak sedar dah nak masuk hari ke-10 Ramadhan bermakne sudah memasuki hari ke-10 kite berpuase. Syukur Alhamdulillah diberi nikmat yang 1 ini; nikmat kesempatan untuk bertemu lagi dengan bulan Ramadhan. Semoge amalan kite di terima & semoge kita ikhlas melakukan amalan ibadah seterusnya berusahalah untuk menjadi orang yang lebih baik. Pesan buat diri sendiri & untuk orang2 tersayang. Di kesempatan ni jugak aku nak mintak maaf seluruhnya buat salah & silap yang disengajakan atau tidak. 

Jangan lupa namaku ost Ramadhan Terakhir


Friday, July 4, 2014

~ Tips untuk memudahkan mata terlelap ~

     Memandangkan esok cuti, so, macam biasalah mata ni susah betul nak lelap. Klik2 youtube, nak dengar lagu kononnye. Kot2 la boleh membantu mata ni lelap. Ni antara lagu yang aku dengar ulang2 kali malam ni. Hihi


Sayu je bile dengar lagu ni. Tapi pada mase yang same betul2 bagi inspirasi. Jangan mudah putus asa & kena rajin la berusaha. Akhir sekali doa jangan lupe. :)

Lagu ni lagu ost untuk drama 'Saiful Nita'. Aku layan sangat lagu ni. Tambah plak aku memang tak miss tengok citer ni kat tv3.

     Lagu ni memang sayu. Kebetulan aku klik2 terjumpe lagu ni. Macam best plak. Layankan aje.

Ni plak lagu ost untuk drama ' Love U Mr Arrogant'. Sebab drama ni la tiap2 hari aku punch card tepat kul 5.30 ptg. Pendek kate pukul 5.31 ptg tayar dah bergolek. Hihi


P/S ~ Cukup la dah kot 4 lagu ni aku preview malam ni. Mate ni pon dah ade menunjukkan macam nak lelap je. Yey!! berjaya aku. So, tido dulu la ye. Nite & layankan la ye lagu2 yang aku pilih ni.

   

Thursday, July 3, 2014

~ Majlis bertandang @ Sabak Bernam ~

     Majlis bertandang berlangsung seminggu lepas majlis resepsi. Majlis di adakan di kampung nenek suamiku di Sabak Bernam. Sepupu suami pon nikah pada hari yang same. Ape lagi, saing la kami bersanding hari tu.

Ni time aku tengah di solekkan. Ni mak andam tradisional yang solekkan aku. Berbeza ngan mak andam time majlis resepsi sebelom ni. Ape pon, dua2 ade kelebihan & aku memang berpuas hati ngan dua2 mak andam ni. Tak kesah la yang tradisional or yang moden.

Yang berbaju kuning di sebelah aku & yang berbaju oren di belah suami aku tu ialah di antara orang kuat yang bertungkus lumus untuk majlis kami. Tak terucap syukur aku di terima begitu baik sekali dalam family suamiku. 

Renjis2 di pilis, di tabur air mawar... hai beras kunyit di tabur...(tolong sambung, lupe lirik la plak).
Sanding Jawa style. Unik.

Berganding bersame kami di pelamin hari tu. Girl yang baju kuning tu adik sepupu suami aku. Alhamdulillah, 2 minggu berturut2, nenek suamiku menerima cucu menantu termasuk aku. Hihi

Perempuan yang bergaya solo tu adik Nasa merangkap adik ipar aku. Mila namenye. name glamor Armila Faryla. Name comel secomel orangnye. Thank you banyak2 coz banyak susah payah tolong akak. Kalau maintain ngan prestasi baik ni, InshaaAllah akak akan pastikan kamu akan di beri bonus raye tahun ni. InshaaAllah.. :P

P/S ~ Alhamdulillah, selesai sudah majlis kami, dari majlis nikah, resepsi & bertandang. Jutaan terima kasih tak terhingga buat kedua2 keluarga, kawan2 & semua tetamu yang meraikan.


Wednesday, July 2, 2014

~ Raikan cinta : Wedding reception @ Dewan Ikram, Bangi ~

     Majlis resepsi buat hari yang same ngan majlis akad nikah. Majlis sanding lebih kurang pukul 1 pm hari tu. Panas terik. Nasib dalam dewan aircond. Hihi

Yang baju biru tu la pengapit aku. Cik Ririn name die. Misi kat PPUM. Still available. Nak kenal isi borang. Pengapit lelaki plak namenye Ayon. Single but not available. Katenye lah. Tapi kalau sape2 nak try nasib tu boleh la cube isi borang jugak kot.

Semua lagu2 yang disampaikan oleh adik2 qasidah ni memang best. Terkejut aku tetamu yang datang pon dok nyanyi same. Dah serupe konsert plak majlis aku hari tu. Ape pon... Alhamdulillah, terase majlis ni lebih bermakne.

Bile kata2 tidak mampu di ungkap, biar gambar yang berbicara. Ni kejutan yang di buat oleh abang Acham untuk aku & suami. Thank you banyak2. Rentetan gambar memang menceritakan hampir keseluruhan perjalanan perkenalan aku & Nasa. 




Bergambar bersame-same rakan2 bikers yang mengiringi kami sepanjang perjalanan dari lodge ke dewan. Thanks Sis Satinah yang buat persiapan ni untuk majlis aku. 

Bersame family suami.

Ni plak family aku.

Macam biase. Ni budak2 perompak gunung la. Tengok trademark pon dah tau.



Ni pon budak2 perompak gunung gak. Majlis aku bersepah ngan budak2 gunung je lah. Almaklumlah minat aku ngan suami same. Pusing2 kawan yang same jugak.

Aku suke gambar ni coz gambar aku sorang je yang jelas. Yang lain sume blur. Haha


If its meant to be, it will be. Jodoh rahsia Allah. Tulang rusuk tak kan bertukar. Kalau dah di takdirkan dia jodoh kita, macam mane kite cube nafikan sekalipun, pasti bersatu juge. 

Friday, June 20, 2014

~ Ijab & Qobul : Aku terima nikahnya ~

29 Mar 2014, semua dalam hidup aku berubah. Perasaan, hati, & keinginan. Aku bersyukur di lamar dia. Menerimaku tanpa syarat. Menjadikan aku wanita beruntung sekali. Alhamdulillah. Di saat akad di lafaz, di saat tu lah aku benar2 sedar dialah imamku. Dialah pembimbingku. Dan tentulah yang aku harapkan dia juga yang akan memimpim tanganku & keluarga kami ke Jannah kelak. InshaaAllah.

Penantian.

Ya Rab!! Kau pemilik hati. Pemunya cinta. Semoge cinta yang Kau hadirkan dalam diri kami akan berkekalan ke akhir hayat. Aminn..

Aku terima mas kawinnya. Hihi..

Kesayanganku. My mom, mother in law, father in law 
& my dad.


Cinta yang berlandaskan nafsu & kepentingan dunia tak kan kekal. Tapi cinta kerana Allah adalah hakiki.

P/S ~ Thanks kepada semua, family & friends. Doa kalian untuk kebahagian kami adalah hadiah paling  bermakne.