Thursday, December 1, 2011

~ Teluk Cempedak ~

     28/11/2011 Isnin - Hari bersejarah buat Mazlizam & pilihan hati Nani. Majlis kenduri berlansung di Kuantan , Pahang. Walaupon agak jauh, kitorang tetap gigih nak p sane. Tujuan utama kitorang ape lagi...MAKAN lah!!. Asal pasal makan kitorang pasti sampai punye.

Gambar kenangan bersame pengantin.

   Habis je memenuhkan perut, kitorang terus minta diri untuk balik. Kononnye lah!.. Padahal kitorang mempunyai misi laen plak. Nak berjimba di pantai Teluk Cempedak. Hihi...ni 1st time aku p sane. 

Eily, Ecah & me.

Fauzan ~ 2nd time die ikut kitorang hangout.

Muka x puas hati. Berkira2 mahu mandi or tak. Akhirnye keputusan di buat. MANDI !
Diorang sanggup beli seluar & baju semata2 nak mandi. Boxer yang di beli kalau kat luar RM10 dah bleh dapat. Tapi kat sane RM20 kna bantai. Terpaksalah. Haha...


Si Achaha ni memang xleh nak kate ape la. Kat mane2 pon die bleh tido..haisshhh...penat konon mengalahkan Si Shamil yang drive. Huhu...aku suruh jage handbag, at last handbag aku di jadikan alas tido die. Huh!!

Really love both of them. ( hope they love each other too =P )

p/s : If God brings you to it, He will bring you through it. In Happy moments, praise God. In Difficult  moments, seek God. In Quiet moments, worship God. In Painful moments, trust God. In Every moment, thank God!! 

Thursday, November 3, 2011

2nd day @ CamerOn Highlands

     Pagi Ahad tu cuaca sangat sejuk. Ikut hati semua malas nak bangun. Tapi memandangkan pagi2 buta dah ade yang dok test vokal die, menyebabkan hasrat aku nak sambung tido terbantut. Hihi...lagi pon banyak destinasi yang kitorang nak p pagi tu. 

a) 1st destination is Rose Valley : 

Actually banyak binatang yang comel2 kat sini. Yang paling aku tertarik ialah kat si kancil ni. So sweet. Kalau betul2 dah lame aku masukkan dalam bag & bawak lari KL. Haha...

Kat Rose Valley ni bukan semata2 bunga ros je yg ade. Pendek kate macam2 jenis bunga ada. Yang cantek..yang jelek. Yang wangi...yang busuk.  Hihi..

Aku tak penah try benda ni. Nampak macam senang. Tapi susah kot. Aku kena p Sarawak dulu p practice maen benda ni. Huhu..

Emi, Me, Ecah, Eily, Kyra & Kak Meen.

Amir, Syamil, Achaha & Bujal.

b) 2nd destination is Pasar depan EQ hotel :

Jagung  terbaekkk di CH. Setiap kali datang memang tak kan lepas lah.

Gemok2 strawbery ni mcm tuan yang membelinye jugak..ACHAHA...haha..

Macam2 ada... Kat sini kitorang memborong bunga ros. Siap dapat free lagi. Terbaek lah!!

c) 3rd destination is Cameron Valley Tea Bharat

Angin kuat sangat time ni. Sangat tenang. Sekejap je kitorang singgah kat sini coz Achaha ajak kitorang p Boh Tea Garden plak. Follow je la.

d) 4th destination is Boh Tea Garden :

Nak 'tembak' naek kat tempat ni sangatlah scary. Maybe ni last time aku p. Tak nak p dah tempat ni kecuali ade highway terus p naek atas. Huhu..

Kat kilang teh Boh. Baru la tau macam mane teh di proses. Lepas ni aku akan lebih menghargai air teh. Bak kate diorang ni "setitik teh tumpah, bak setitik peluh pengutip daun teh". Mencabar sangat nak kutip daun teh kat kawasan ladang yang berbukit2 tu.

My luvly officemates....

Pemandangan kat atas ni memang terbaek la. Berbaloi naek walaupon hampir semput di buatnye nak sampai kat atas ni.

e) Final destination is Lata Iskandar :

Tempat yang sangat cantek & terbela. Airnye sejuk sangat.

Tujuan utama kitorang singgah sini coz masing2 dah tak tahan nak ke toilet. Kalau nak mandi kat sini memang tak la. Sejukkkkkkkkkkk....

Manusia2 yang kelaparan. Habis kitorang borong kuih2 makcik ni. Boleh kate makcik ni dah boleh kemas balik la lepas kitorang datang.

Tak leh nak kate ape. Achaha ni memang muke posing. Kat mane2 kamera pon mesti penuh ngan gambar die. 

P/S : Ape pon, ni betul2 kenangan terindah ke Cameron Highland. Walaupon dah banyak kali p...ternyata tak   sama. 




Monday, October 31, 2011

1st day @ Cameron Highlands

     Dah berminggu kitorang plan nak bercuti ke Cameron Highlands. Kitorang betul2 menghitung hari menunggu saat ni. Hihi...Really hope dapat release tension kat CH ni. Kitorang bertolak dari Putrajaya lepas keja hari sabtu tu lebih kurang pukul 1.30 ptg.

Singgah isi minyak kat R&R Tapah.

Aku memang pencinta Shell. Lebih jimat & berbaloi. 

     Kitorang sampai CH lebih kurang pukul 8.00 mlm. Jalan agak jam coz hujan. Damn!! Sejuknye kat sana tak yah citer la. Ikut hati sampai2 tu nak terus je terjun kat katil berguling dalam selimut. Tapi tak berbaloi kot. Masa yang singkat akan di gunakan sebaeknye.  Kitorang check in kat Crown Imperial Court. Apartment yang amat berbaloi. Besar & cantek. Ape yang penting dekat pekan Brinchang. Mudah nak ke mana-mana. Lepas check in kat apartment & snap beberapa gambar, kitorang pon terus kan misi mencari kedai makan. Tempat sejuk ni betul2 buat kitorang kelaparan. Huhu...

4E ~ Erisya, Eily, Emi, Ecah

Aku tak tau kenapa aku upload gambar ni. Aku suke. Heheh... =P

Sambil2 tunggu mase nak kuar p makan & p pasar malam kat Brinchang malam tu.

View malam yg sangat cantek walaupon gelap.



Dinner kitorang kat sana memang terbaeklah. Makan banyak tapi harga memang sangat berbaloi2. MURAH!!

     Habis makan & balik dari pasar malam, kitorang tawaf  kat area Brinchang tu. Jalan kaki. Kalau kat Putrajaya, conform lencun dah la ngan peluh walaupon jalan2 waktu malam. Tapi kat sane memang maintain je. Sejukkkkk.....

Me with luvly Emi.

Saje menempel kat jalan yang lengang.

Kental tahan sejuk. Bergambar 1 kewajipan!!

Sebelum tido, aku, Emi, Achaha, Bujal & Syamil layan citer hantu penanggal. Walaweeee...Kental tahan mata tunggu citer tu habis. Huhu...

P/S : 2nd day kat CH akan di update kemudian. Kalau sempat. InsyaAllah...


Sunday, October 23, 2011

~ Gunung Ledang ~

     Actually agenda asal kitorg adalah untuk ke Ulu Yam. But, last minute ter cancel la plak. Si Syamil propose kitorang untuk ke Gunung Ledang. Masing-masing memang jenis tak kesah plus semua memang kaki jalan...tak kesah jauh pon pasti sampai lah. Tambahan lagi si Achaha dok cakap air terjun kat gunung ledang tu memang terbaekkk...pasti tak kecewa lah!! Itu katenye...hehe..


Dah sampai!!! Masing-masing memang excited lah.

Check point 1st kitorang ( tak sampai 5 minit berjalan diorg dah cari port duduk...haisshhh )

Here we come....di garisan permulaan pendakian. ( Kalau korang perasan, kitorang memang tak pakai kasut yang sepatutnye pon untuk mendaki tu. Semua berselipar je. Tapi yang paling terbaekkk...Kak Min yang berwedges lagi. Gile kental la die. Die tak sedar berape punye tinggi gunung ni kitorang kena daki sebelum sampai ke puncak tu..haha)

Ni 2nd check point kitorang. Punye penat tak yah nak cakap ar..huhu..baki perjalanan masih panjang. (Tapi semua maintain cool gitu...hihi..dalam hati tuhan je yang tahu.)

Haha...nice shoot by  Ayie ..... (Ecah oh Ecah...cakap siang pandang2...nak minum pon kamu kena pandang2 dulu...kalau tak jadi mangsa snap la bagi orang2 yang kamera sentiase di tangan..haha )

Penat..penat...penat... ( Tu je description untuk gambar ni )

 Ni our 3rd check point. Dah tak jauh...chaiyok guys...

Akhirnye, kitorang sampai ke tempat di tuju.
Dari kiri sekali ~ Amir Rayyan , Kyra , Kak Min . 

Ecah gembira dalam kepenatan...hohoh..

Eily  paling maintain ok...peace je memanjang...

Achaha ~ Senyum tak ikhlas!!
Eris ~ Penat gile..huhu...naseb tak semput aku..

Poyosss gile Achaha dalam ni...




P/S : Great moment! Nice weekend!