Tuesday, September 4, 2012

~ Shenzhen to Guangzhou ~

  Hari pertama di China banyak di habiskan di Hong Kong. Hari ke-2 baru kitorang berkesempatan berjalan-jalan di kota Shenzhen.

Welcome to Shenzhen =)

Lets check it out some photos yg sempat di snap :-

 My big family. 

Time kat 'Windows of The World' 
Sory gambar sgt kecik. Tak sempat nak edit kasi elok sikit.

Korang tau tak ni mercu tanda negara ape? Pikir2.

Bergambar sebentar di hadapan hotel kami menginap.

Menara tertinggi kebanggaan China.

Lagi bangunan-bangunan pencakar langit. Sakit kepala mendongak lah.

Salah 1 tempat shoping yg popular & sgt penuh dengan manusia2. 'Beijing road'

Naek cruise kat 'Sungai Pearl'

Kat salah 1 taman paling tua kat Guangzhou. Sangat bersih sungai ni coz ade yang kutip sampah yg ade dlm sungai ni tiap2 hari walaupun sampai tu sekecil lidi.

*** Maka tamatlah episod percutian seminggu ke Hong Kong, Shenzhen, & Guangzhou ***


P/S : Kenangan terindah di Shenzhen & Guangzhou adalah SHOPING, SHOPING & SHOPING  =)





Friday, July 20, 2012

~ Ai de Hong Kong ~

25th May 2012, Friday - Alhamdulillah, dengan izin-Nya, aku sampai di bumi Hong Kong. Bercuti sambil berbulan madulah. Sasaran utama aku tentunye Disneyland Hong Kong. Refer peta dunia, HK terletak bersempadan dengan daerah Shenzen, China. Nak save budget, kitorang stay di hotel di Shenzen. Nak p Disneyland baru kitorang masuk HK. Sangat dekat.

Selamat mendarat di airport Shenzen slps 4 jam perjalanan.

Dah berjaya masuk HK. 

Selama ni just tgk permandangan ni kat filem2 HK. Sangat cantek..

Tapak tgn Dato' Michelle Yeoh.

Legend si Bruce Lee.

Me, Fazli & Kak Zai.

Welcome to Disneyland HK. Luv this moment so much!!

Penat weh berjalan. Lenguh gile kaki.

Haissshhh...cameraman aku ni pon kepenatan. Cian die.

Naseb sempat tengok perarakan Disney ni.

Character kegemaran aku time kecik2 dulu. Sangat cantek diorang ni.

Nak masuk tempat tarzan.

Toystory Land. Tak mau masuk dah! Tak mau maen dah kat sini! Muntah hijau sume kuar.

Me again.

Seyes aku tak larat nak tawaf seluruh Disneyland ni. Besor gile. Kalau ade rezeki repeat next time. Pagi2 buta dah kena start explore dalam ni. Baru bolehkan melawat sume tempat.

Sabar menanti pertunjukan bunga api. Acara kemuncak di Disneyland ni.

Sekian, sehari di Hong Kong.

p/s : Cerita Shenzen akan di share next time. InsyaAllah.



Monday, July 2, 2012

~ KL Towerthon 2012 ~

19 May 2012, Saturday - Setelah sekian lama masa berlalu, baru aku ada kesedaran nak tulis berkenaan event tersebut. Actually aku dah down sebelum event bermula lagi. Aku berkira-kira mahu meneruskan or tarik diri je. Baju pon last minit baru aku amek. Thanks juta-juta pada Kak Satinah yang support aku hari tu.
Al maklumlah, dia jauh di Ipoh, kawan2 lah sebagai peneman setia.

Aku start lari jam 4 petang. Gila panas time tu. Dah la baru balik dari Kenyir. Bertambah hitam aku. 

Selalunye malam sebelum ape2 event aku akan sapu seluruh kaki aku ngan minyak 'kuat'. Haha...tapi seyes aku lupe gile time event ni. Last minit baru aku sapu minyak tu. Kuang2x.

Seyes stokin yang aku pakai tak sesuai langsung ngan baju aku hari tu. Oren VS Pink. Belasah je. Penangan last minit.

Posing2 dulu sebelum berkumpul kat Starting Area.

Minah salleh tu sempat panaskan badan sebelum start lari...tapi aku??? Haha...sibuk layan sms. 

Dah ready nak berlari. 

Target aku hari tu nak sampai tingkat 20 je. Tapi tanpa sedar aku berjaya menghabiskan pendakian. Haha...

p/s ~ Rasa2 pompuan mengandung boleh x follow event ni? ( tiba2 terpikir )


Tuesday, June 19, 2012

~ Snorkeling @ Pulau Kapas ~

     6 May 2012 - Kesinambungan dari aktiviti kayak @ kenyir, kami menghabiskan masa yang ada di bumi Terengganu untuk melakukan aktiviti snorkeling@Pulau Kapas. AWESOME!!! Lets check it out some pictures.

Dasar perompak yang gila bergambar. Di gunung...di tasik...di laut pon sume nak berposing ngan banner.

Sampai2 kat Pulau Kapas aku cari tempat posing.

Me with Ririn...manje sangat budak sorang ni...love her so much...

Gua ke-2 yg ditawan selepas Gua Batu Maloi..haha

Gambar yang sangat cantek selepas di edit oleh Annia Loy.

Laju...laju...buaiku laju...lalalalalala...

Haha...bile Kak Long Satinah mula beraksi top model di depan kamera...

Apit, Wan, Annia, Me & Didi.

Singgah sebentar di Gem Island untuk melawat Sang Penyu.

Really proud to be part of 'Perompak Gunung'

Kitorang sangat kebulur time ni..makanan kat kedai makan ni dah nak habis..terpakse la kitorang berkongsi ape yang ade...

Posing jap sebelum tunggu feri untuk balik.

Pemandangan yang sangat indah ciptaan Allah.

p/s : Walaupon penat ngan jadual aktiviti yang sangat padat & mencabar, I really enjoyed it !!! Huhu...tapi esoknye masuk ofis ngan mata panda. sadis2..

Tuesday, May 15, 2012

~ Kayak @ Kenyir ~


     4 May 2012, Jumaat : Skali lagi aku follow budak2 perompak gunung. Kali ni kitorang buat aktiviti yang laen dari biase, BERKAYAK. Rekod dicipta. Kami adalah grup pertama yg berkayak paling jauh drpd Pulau Gawi ke Air Terjun Lansir. Tak penah di buat org. Sangat gile. Ape pon, juta2 thanks to Nash & admin yg menerbitkan idea ini. Sgt mencabar.

Sebelum bertolak.

     Kitorg bertolak pd mlm Jumaat lebih kurang pukul 10.30 mlm & smpai di jeti tasik kenyir lebih kurang pukul 7.30. Mule2 sampai masing2 sgt teruja. Walawee..ni 1st time aku sampai ke Kenyir & 1st time gak aku baru nak belajar kayak. Seyesly, sgt excited. Tapi tibe2 ke’excited an aku tu terbantut time breakfast. Sampai ke harini aku menyumpah kedai tu. Nasi lemak yg di order berulat. Huhu, cian pd budak2 yg dah selamat me’licinkan pinggan masing2. Dalam kelaparan kitorg terpakse meneruskan agenda. Xpelah, tahan perut smpi mkn t/hari nnt la jawabnye.

Kitorg bertolak dr jeti tasik kenyir ke Pulau Gawi dengan menaiki bot.

     Kat sane kitorg buat last preparation sebelom start berkayak. Pasangan kayak masing2 pon di tentukan.
Aku ngan Wan, Nasa ngan Ririn, Viruz ngan kak Satinah, Nazri ngan Ayin, Derder ngan Annia, Abg Fadzli ngan Kak Syidah, Rimau Kumbang ngan Didi & Apit ngan Nuaz. 

Aku ngan partner. Thanks coz jd partner yg sgt sporting & mantap. 

     Untuk 3 jam pertama berkayak, masing2 leka & terpaku ngan keindahan tasik Kenyir tu. Tapi lame2…masing2 dok mengomel…bile nak sampai ni woi…huhu… Pagi bawak ke tengah hari. Tengah hari bwk ke petang kami berkayak. Mental doh. Sepanjang berkayak aku ngan partner dok menyanyi utk menghibur hati. Aku pasti grup yg laen pon ade pe’el masing2 sepjg berkayak meredah tasik kenyir tu. 

Masing2 dah pening. Tuan kayak pening, kayak lg la pening. Langgar2 bagai.

Berehat sebentar di pulau ni.

Perompak pulau.

     Jam menunjukkan pukul 4.40 ptg. Alhamdulillah, aku ngan Wan merupakan pasangan 1st yg sampai ke air terjun Langsir. Penat weh. Huhu… Tak lame lepas tu, yg laen2 pon sampai. Masing2 muke xbleh blah. KEPENATAN sume. Kitorang pon survey tmpt untuk berkhemah mlm tu. Walaupon pukul 5, tapi hari dah mule gelap coz cuace yang tidak baek. Lepas pasang khemah, masing2 p ke sungai membersihkan diri. Malam tu lps makan masing2 beransur ke khemah masing2 utk tido. Simpan tenaga lor. Esoknye kena berkayak balik ke Pulau Gawi. Huhu…



Bergambar dulu di air terjun Lansir sblum berkayak balik ke Pulau Gawi.

     5 May 2012, Sabtu : Kol 8 pg kitorang dah mula mendayung. Laju2 kayak ku laju ~~~~~ . Lagu tema aku ngan partner time berkayak. Sgt nostalgia. 

Lagi bergambar sebelum berkayak balik ke Pulau Gawi.


     Pengalaman yg tak mungkin aku lupekan, aku ngan partner terpakse berhenti di 1 pulau sbb masing2 dah xtahan nak buang air. Ni mesti penangan nasi lemak berulat semalam tu. Sadis lah!!. Agak jauh aku & partner ditinggalkan pasangan laen. Sedih je aku tgk muke partner aku. Cian die. 

Luasnye tasik kenyir ni...MasyaAllah...indah sungguh ciptaan-Mu.

     Alhamdulillah, lps buang air kitorg semangat & start kejar yg laen2 & sampailah kami berada kat depan sekali. Hihi…Yes! Kayak kami memang dah pasang enjin turbo. Haha… kami rest kat Pulau Herba utk lunch & solat. Dlm pukul 2 ptg kami meneruskan perjalanan & sampai kat Pulau Gawi semula dalam jam 4 ptg. Alhamdulillah, semua selamat sampai. 

     Dan yg paling best kami bawa pulang harta yg sgt berharge, kenangan terindah lengkap berpackage kan kepenatan & kelegaman muke yg sunburn.  Lps siap bersihkan diri, kitorg dibawa oleh bot ke jeti Kenyir. Di sana menanti pakcik bas yg akan membawa kami ke Marang Waterfront Resort.



p/s : Event snorkeling@Pulau Kapas menanti keesokan harinye, 6 May 2012.