Actually ini adalah unplanned activity. Mula2 kitorg plan nk skodeng2 kat Bukit Ampang. Tapi tibe2 terubah haluan ke Genting Highlands plak. Kitorg memulakan aktiviti pada jam 12.30 pagi. Dengan berlagak kebal kami ber-5 bertolak ke Genting dengan menaiki myNeo. Nak save budget punye pasal kitorg pergi berhimpit la dalam keta tu, Tak perlu bawak banyak2 keta. Bagi yg berbadan kecil macam aku memang no hal lah. Tapi bagi yang agak besar tu memeng 1 penyiksaan la sepanjang perjalanan ke Genting tu. Cian korang. Hehe..ada yang sakit kaki la...sakit pinggang la..macam2.
Sebelum sampai tol gombak tu, kitorg singgah kat shell. Biasala, malam2 ni ada yang nak buang air la kesejukan. Tapi tujuan utama kitorg benti kat sana coz nak beli jajan2 sebagai bekalan kat atas nanti. Pengalaman yang tak mungkin akan kami lupakan semasa di shell. Ammir Rayyan (bukan nama sebenar) dah salah masuk toilet. Pandangan die agak kabur kot malam tu. Tak boleh beza signboard tandas lelaki & tandas perempuan. Heheh... Pastu boleh plak buat muka tak bersalah. haishhh.... Tak pe lah, kitorg pon menyambung perjalanan. Kitorg sampai kepuncak lebih kurang jam 2.30 pagi.
Post terbaek dari Syamil (yang tgh bertenggeh macam monyet melekat kat signboard tu).
Susah nak cukupkan frame bile nak bergambar ber-5. So, terpaksalah ambik gambar dalam cermin. Tp si Syamil dok buat pelik plak dari yg laen. Org laen sume tgk kamera, die dok teleng tepi plak. Ammir Rayyan (yg sedang memegang kamera) plak dok sengeh lebeh nampak.
Semua kesejukan coz tak prepare baju sejuk. Naseb la ade towel tu. Haha.....Achaha Kin (dh macam org cacat plak) terpakse masukkn tangan dalam baju coz kesejukan yg melampau....dugaannnn...
'Aisyah (yg bercermin mata) dok berebut towel ngan Ammir Rayyan. Haishhh...disaat2 genting kat Genting ni cube la bwk berkongsi...berdamai..
Watak utama dalam blog ni is me, Eris Erisya (bertudung kelabu) hehe...
Happening sgt hangout ngan u olls semua. Thanks....
p/s : Ulu Yam coming next. Can't wait for it.... =)
No comments:
Post a Comment