Wednesday, October 23, 2013

~My 1st choice for energy drink @ Shaklee~


     Hye guys. As u all semua sedia maklum, I love hiking or any outdoor activities damn much. Energy drink or energy bar is 'sahabat' rapat untuk aku. Ia bantu aku untuk recover or to boost my energy for sure. Tapi jangan jadi bodoh untuk bergantung pada product ni semata. Come on lah beb. The most important of course la your own ability. Sebanyak mane ko minum energy drink or makan energy bar tak kan boleh membantu kalau sememangnya ko sendiri takde usaha or tak berkemampuan untuk capai. (ape yang aku merepek ni?)

     By the way, aku just nak share ngan korang supplement ape yang aku ambil bila aku hiking or climbing. Untuk energy drink memang ni yang aku minum. Tapi kalau untuk makan plak aku jarang ambik any energy bar  Sebabnye, walau macam mane pon perut aku mesti mintak nasi punye. Aku tak akan kenyang dengan hanya makan energy bar je. Hihi..memang dasar perut Melayu.

       Actually, untuk maklumat lanjut pasal energy drink@Shaklee ni korang bole study pasal product ni kat link ni http://www.shaklee.com.my/eng/prodview_body.asp?prodcode=20496 . Actually banyak lagi product2 die yang lain. Korang boleh survey2 sendiri ye.


P/S ~ Kalau korang ade niat nak bertanye or need info pasal product ni jgn malu jangan segan boleh PM direct aku kat sini https://www.facebook.com/eris.erisya 




Thursday, October 17, 2013

~ My favorite cartoon : Bernard Bear ~



Pernah tak korang search kartun ni kat youtube?? Kalau tak, boleh la cube try test sekarang. Seyesly, I fall in love with Mr Bernard Bear since early 2011 lagi. Selamat mencube!!

P/S ~ Kartun ni buat aku teringat kat sorang kawan aku. Macam mane aku geli hati ngan perangai Bernard Bear ni, macam tu lah aku geli hati sangat dengan member aku yang sorang tu. Kelakor2.

Friday, October 11, 2013

[MTV] Dayang Nurfaizah - Bisikan Rinduku (OST Dahlia)



P/S ~ Tengah drive balik keje petang td aku terdengar lagu ni kat radio. Tibe2 tersuke plak. Terus aku Google. Believe it or not...malam ni aku tengah layan lagu ni none stop. (BTW, aku memang peminat Dayang Nur Faizah ni)

Wednesday, October 2, 2013

~ Short trip to Medan, Indonesia ~

Memandangkan cuti tahun aku dah nak habis, aku just gunakan hari sabtu & ahad sebaik2nye untuk berlibur. 20 September until 22 September aku ke Medan bersame beberape orang teman from Penang. Seriously, this is unproper plan. Memang main redah je. Jumaat malam aku gerak. Ahad malam aku balik. Ni gara2 kecewa tak dapat ke Fansipan, Vietnam beberape minggu sebelum tu. Tiket aku 'terbakar' macam tu je coz aku buat keputusan yang salah. I just realised yang I never regret it when I do it, but I always regret it when I don't. (Btw aku dok klik AirAsia tengok kot2 ade tiket murah ke Vietnam lagi, tapi belom ade lagi. Tiket agak mahal). Bersabarlah wahai hati.

BTW, plan asal kitorang nak hiking Mount Sinabung & Mount Sibayak. tapi sayang seribu kali sayang, seminggu sebelum kitorang ke Medan ni, Mount Sinabung meletus. Kawasan sekitar termasuk Mount Sibayak pon terjejas teruk. Apepon, I really enjoyed setiap moment kat sane. Lets check it out some photos!!

Sipiso Piso Waterfall

Permandangan menghadap danau toba. Sangat indah.

Harra, John, Me, Satri, KungPow, Inna & Andaka.


Me with my brother. Ini sgt kelakar. We trying really hard to do this. Tapi tetap tak cukup tinggi. Huhu.. (tula...mak suruh makan kacang panjang bagi tinggi tak mau dengar)

Ni time nak turun ke air terjun. Masing2 happy je. Tak putus2 bergambar. Time naik semula dari air terjun langsung tak ade gambor.

Tempat ni sangat awesome!! Sejuk terketar2.

Tuktuk - Samosir Island 


Posing sebelom terjun tasik. Seingat aku 2 kali je aku masuk dalam air time ni. Sejuk gile airnye. Tak tahan lorr...

Aku akan datang lagi ke sini. InsyaaAllah :)

Ni je satu2nye kedai makan halal yang kitorang jumpe kat pulau ni. Redah je lah. Dah lapor gile kot lepas berendam. Yang pasti semua orang order maggi. Hihi...

Hari terakhir. Dok tunggu feri sampai.

xoxo


Perjalanan dari Samosir Island ke airport Medan mengambil masa lebih kurang 6 jam. Agak letih dok dalam 'mobil' yang kami sewa. Berkejar kitorang balik ke airport petang tu. Kasihan Inna, tak tenang sepanjang perjalanan mengenangkan flightnya pukul 6 petang ke Singapura. Time datang Malaysia dulu dia pernah terlepas flight nak balik ke Singapore. Cuak dia takut berulang kali ke-2. Aku, Satri & Kungpow boleh relex lagi coz flight kami ke Malaysia pukul 7.30 malam. Hihi... BTW, thanks to Harra & John yang berjaya memastikan kami sampai airport dengan selamat. (Korang drive memang power. Takut weh....). Dear Andaka...thanks coz berusaha keras untuk trip kali ni. Walaupon rumah dia dengan airport Medan ambil masa 10 jam kot. Tapi tetap sudi jugak temanin kami.

P/S ~ InsyaaAllah dalam 2 bulan kami akan datang semula ke Medan for Mount Sinabung & Sibayak. 









Thursday, September 19, 2013

~ Mount Kerinci 3805m , the highest mountain in Sumatra,Indonesia ~

Belek punya belek laptop aku ni, baru aku jumpa gambar2 time hiking Gunung Kerinci. Dah lama kot. Bulan Februari lepas. Just untuk perkongsian bersama, Gunung Kerinci merupakan salah 1 gunung berapi di Indonesia yang sangat aktif & boleh meletus pada bile2 masa sahaja. Ape yg mengejutkan on 2 June 2013 Gunung Kerinci betul2 meletus...means hanya beberapa bulan lepas aku hiking. Tak nak lah citer pasal hal gunung yang meletus ni. Tibe2 jadi seram.

BTW, aku sangat enjoy this trip. Walaupon pada mase yang same bermacam-macam dugaan aku terima, Allah still mengizinkan aku menjejakkan kaki di Sumatra ini. Memang aku syukur sangat. Actually, 1st time aku google berkenaan Gunung Kerinci ni time aku di zaman belajar lagi. Walaupon that time tak pernah terlintas di fikiran aku untuk betul2 sampai ke sini. Bumi tuhan sangat indah. Walaupon gunung berapi, tapi kawasan dikelilingnya sangat subur. Sangat dingin. Jauh dari apa yang aku pernah jangka.

Mount Kerinci...I'm Coming...

At Tugu Macan. Hutan Gunung Kerinci memang terkenal ngan haiwan ni. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan kami, kami tidak terserempak ngan haiwan ni. Syukur...

Sebelum start mendaki.

Azabnye trek Allah je tahu. Nangis...nangis..& nangis.

Me, Inna Saidi (Singapore) & Hana (Singapore)

Me & Andaka (Indonesia). Beza sekali beg kitorang. Beg kecik tu pon aku dah nak terpengsan usung sampai puncak. Kalau bawak beg sebesar Andaka tak tau ape jadi kat aku. Huhu.

1st time tunjuk skill masak time hiking. :P

Kat Shelter 3. Kami camping kat sini sebelum meneruskan perjalanan ke puncak pada esok harinya.

Pemandangan memang sangat santekkkkkkkk..

Akhirnye, puncak Kerinci berjaya di tawan. Gabungan 3 negara. 

Me, Hana, Alika (Indonesia) & Inna. Sepatutnye ade 5 org ladies. Tapi lagi sorang membuta kat Shelter 3 tak mau hiking ke puncak. Sadissss..

Yogie & Habib (Indonesia). Gigih budak berdua ni. Sanggup mengangkut kaki kamera tu ke puncak.

Malaysia tetap di hati.

P/S ~ Tengah mengambil mood untuk ke Mount Sibayak, Medan esok malam, flight 9.35pm. Semoga dipermudahkan. 15hb September 2013 dapat berita, Mount Sinabung, Medan meletus. Agak berhampiran Mount Sibayak. Alhamdulillah ia tak terjejas. Syukur again :)



Tuesday, September 17, 2013

~ Merompak Majlis Kawen Abg Long PG ~

Akhirnye, 15hb September 2013 berlangsunglah majlis perkahwinan Abang Long. Maka meloponglah Annia Loy, Ririn & aku. Haha :P    mane taknye, jejaka idaman dalam Perompak Gunung dah dirompak orang. Dirompak oleh orang luar plak tu. Tapi xpelah...rezeki die..hihi...InshaaAllah ade rezeki, Abang Long bawak puan isterinye mendaki gunung same2.

BTW, berpusing2 jugak kitorang mencari dewan majlis ni. Tambah2 dikepalai oleh Abg Syidi. Sesat barat jadinye. Haissshhh... Letih....lapar pulak tu. Apepon merompak kali ni memang happening. Dapat makan sedap!!! Cendol lagi!! Double2 sedap.

Masuk2 dewan semua meluru amik makanan dulu. Penuh2 semua pinggan masing2. Lapor rupenye semua.

Ni je yang sempat dicoretkan buat Abang Long & isteri.

Sementara menunggu pengantin. Ruangan ni di kuasai oleh kitorg. Habis org laen tak dapat bergambor.

Comey rupenye masing2. Selame ni tengok muke deme comot je ngan tanah bagai time hiking.

Diorg berdua ni baru je kawen beberape bulan yg lepas. Perompak bertemu perompak. Alhamdulillah. Any event senang pi same2.

Inilah pasangan mempelai. Abg Long & isteri. :)

Ape lagi...merompak pentas la pulak.


Balik dari kenduri ni kitorang p melantak kat Iceroom la pulak. Ni Nasa punye pasal la. Macam xde benda laen yg diteringinkannye. Aiskrim jugak yg dicari.

P/S ~ Minggu yang sgt memenatkan. Sebab malas nak drive sorg2 balik KL, aku naek bas je. Ingat boleh la membute dlm bas tu. Tak jugak. Huhu...sakit badan woooo...

Thursday, September 12, 2013

~ FOCUS ~

# Find & Fight for your target #




P/S ~ Never giveup Erisya!!!








Sunday, September 8, 2013

~ Bukit Kutu, KKB Selangor ~

Bukit Kutu located @ Kuala Kubu Baru a.k.a KKB. Berketinggian 1100m/3600ft membuatkan aku wondering kenape 'bukit'. Ape ade pade name? ye dak? Selepas Bukit Larut, aku tak pernah pandang rendah pade any bukit lagi. Seperti yg dah di jangka, Bukit Kutu is quite challenging & it can take btw 3 or 4 hours to the peak.

31 Ogos 2013, aku join event PG tu Bukit Kutu. Memang dah lame teringin sebenarnye. Baru ni berkesempatan. Thanks for the great &'azab' moment!!


Shuk, Me, Toyol & Jimmi Mosco

Sangat happy berkesempatan hiking ngan legend hiking bro Jimmi. Putus nafas cube follow die. Tak mampu nak tandingi die. Ketinggalan kat belakang la aku :(

With my sifu. Pakwan!! Dari zaman ro2 uitm lagi die ni jd mcm trainer aku. Sgt tegas. Tak pernah manjakan aku. Kalau aku ckp aku penat lagi die perambat aku suruh cpt. Tak pernah kesiankan aku. Pendek kate die sgt kejam. Tapi sebab die jugak aku jadi seorang yg sgt kental & tahan lasak. :)

Sampai di checkpoint C5. 

Selepas 4 jam mendaki baru jumpe signboard ni. Finally I'm here. Syukur Alhamdulillah for opportunity given.

Selamat Hari Merdeka. We love Malaysia. 

P/S : Kambing bakar terbaik yg pernah aku mkn@Bukit Kutu. Made in Perompak Gunung. Sorry tak sempat tolong membakar. Saya sgt kepenatan. Bangun2 kambing dah siap. :)




Saturday, July 13, 2013

~ Cinta Kasih : Jodoh rahsia Allah ~



 
 
P/S ~ Percaturan Allah sangat adil. Bile Dia ambil kamu dari aku, Dia pasti akan menggantikan kamu dengan seseorang yang lebih baek. Begitula sebaliknya. Bile Dia ambil aku dari kamu, Dia pasti akan menghadirkan orang yang jauh lagi baek dari aku untuk kamu. Sekuat mana pun kita usaha...kalau sudah tertulis jodoh tu tiada...tak kan berhasil. 

Tuesday, June 18, 2013

~ Gunung Irau.....1001 cerita...1001 rahsia ~

11 May 2013 ~ Last minit punye perbincangan...aku, Fauzai & Satri plan untuk hiking gunung Irau. Pada mase yang same Perompak Gunung buat event explore Gua Batu Maloi. Berbuih mulut diorang cube pujuk kitorang untuk p Batu Maloi tu. tapi tak berjaya. Sorry guys. Atas pertimbangan beberape perkara, kitorang tekad untuk hiking gak gunung Irau. Memang maen redah je kitorang ni. Sepatutnye kena report kat balai polis Cameron Highlands dulu sebelum mendaki. Tapi kitorang tak. "Memang dasar perompak", kata kakak LP yang aku jumpe sebelum kitorang start hiking hari tu.

Track memang sgt 'cantek'. Al-maklumlah, lepas hujan.
 
Ni salah 1 tempat kegemaran aku. Macam dlm citer LOTR.
 
Ni kat puncak 'tipu'. kitorang sampai sini dalam pukul 12.00 tgh hari. Sejuk mata tgk kawasan ni coz bebas dari sampah sarap.
 
Ni pon salah 1 tempat yang aku suke. Tapi agak gayat la coz bertenggek atas pokok mati. Bile2 mase akar die boleh tercabot.
 
Alhamdulillah kami selamat sampai jugak akhirnye.
 
Ni lah hasilnye. Aku sgt jeles dengan kasut yang bersih tu. Semua orang tak percaya die berjaya kekalkan kebersihan kasutnye semase mendaki. Tapi itulah Satri. Sangat powerrrr!!!
 
 
P/S : Banyak halangan yang kami lalui untuk sampai ke puncak Irau. Betul la orang cakap...hutan gunung Irau ni laen macam sikit. Pertama kali aku laluinye. Benda yang paling ditakuti oleh pendaki. Sesat di dalam track pendakian. Seyesly sgt mencemaskan. Sangat letih & sangat down. Itu cerita kami pada hari tersebut. 
 

 


Monday, May 20, 2013

~ Family : Abah ku Oh Abah ku ~


20 Mei 2013, Isnin - Aku betul2 happy & bersyukur sgt. Pagi2 dpt call dari adik aku. Ni antara bait perbualan kitorang.
 
*********************

Adik - Salam kak..baru kejap td aku dah kol mama..saje nak call ko plak.

Aku - Nape? Subuh2 dok call. Ko memang nombor ekor ke? (Dlm hati ngekeh2 gelak. Saje menyakat budak keding ni)

Adik - pagi td aku bangun tdo terus nak p mandi. Baru nak masuk bilik ayaq...dengaq bunyi moto semput abah. Pelik aku. Tak kan moto semput ni ade yang berkenan nak curik kot. Aku pon sepantas kilat la p berlari bukak pintu. Konon nak jadi hero katenye kalau betoi ade pencuri. Bukak2 pintu dengaq abah melatah. "Ohoiii omak kau. Terkejut aku", kate abah. (erm...musykil aku, bile mase bapak aku pandai ckp nogori ni..haissshhh). Abah rupenye yang bwk moto tu. Baru balik dari beli nasi lemak kat depan taman tu. Aku terkedu kak oi. Macam tak caya.

Aku - Hah!! (sambil mata terbeliak). Maksudnye abah memang dah boleh bwk moto? Huhu...nak nanges2..nak nanges.

Adik - Ah!! propa la ko kak. Dah2...hbs kredit aku. Tu je aku nak ckp. Nanti ko call la abah sendiri.

(Belum sempat aku nak balas, adik aku dah letak fon. Gile kedekut taik hidung masin budak sorang ni. Padahal topup tu pon abah yang bagi kot...haissshhh)

 
Hampir 2 bulan lps abah xcident ngan moto. Lutut die agak teruk cedera. Lps kejadiaan mmg tongkat la yg bantu die jalan. Rase nak nanges. Syukur sgt. Ikut hati nak aje aku ponteng kje harini nak blk Kedah sat. Tapi sabor2. Hari inggu masih ada.

P/S ~ Pade yg mendoakan juta2 terima kasih aku ucapkan. Pade yang ade ngan aku time aku sangat perlukan, juga aku ucapkan juta2 terima kasih. Yang bermurah hati beri bantuan lagi lah same. Semoga Allah je yang balas nanti. # Family aku agak complicated. Pade yang tak tau sejarah fmly aku may be pening sikit nak paham cerite aku neh.

Friday, May 17, 2013

~ River Walk @ Kinta Riverfront ~

     Kat sini merupakan salah 1 tempat kesukaan aku. Aku suke tengok benda yang warna warni ni. Bling2 gitu. 1st time aku datang sini aku sangat happy. 2nd time datang pon aku happy jugak. Cume, 3rd time aku datang sini, aku tak berape happy la. Tapi xpelah. kali ke4 datang aku happy balik. Kali ke5 datang pon aku happy jugak. Dan seterusnye lah.. Alhamdulillah.

     Memandangkan dah dekat sini, setiap kali timbul sedikit rajin dalam diri, aku mesti singgah. Aku rase dah lebih 10 kali aku datang sini. Gile kentang.

 Bling2.
 
Lagi tambah bling2 kat mata aku.
 
Ni kesayangan aku kat Ipoh ni.
 
Pandai budak kecik ni amik gambor. TQ juta2. Perompak gunung : korang kena bayor aku coz secara tak langsung aku dah promote club ni.
 
Bling2 again.
 
 
P/S ~ Hope 1 day berkesempatan terjun tiruk kat kolam renang Kinta Riverfront Hotel ni. Aku rase kolam renang dia mesti gempak sepadan macam harga dia jugak. 
 

Tuesday, May 14, 2013

~ Perompak Gunung @ Mount Angsi ~

     Ramai yang cakap hiking gunung angsi best. Santai je. Huh!! santai la sangat. Selalu gitu. Untuk yang dah otai maybe santai kot. Actually ade misi penting kali ni selain hiking semata. Check it out the pictures dulu...baru tau.

Macam biase....bergambor dulu sebelom start hiking. Harini kitorang sarapan sandwich yang di sponsor oleh Ririn. Terbaekkk!!
 
 
 Dah sampai puncak. Siapkan ape yang patut. Bile semua dah sampai baru kitorang akan mulekan operasi jeng3x. (bak kate sis satinah)
 
Tunggu punye tunggu, mangsa pun sampai puncak dah. (Pakwan : berbaju hitam yang tengah menonggeng)


 Inilah die misi jeng3x kitorang hari tu. Ikut plan nak mengenakan si Pakwan je. Tapi laen plak yang jadi. Semua bermandi tepung.
 
Aku yang berkorban memberatkan beg aku mengangkut tepung ke puncak, last2 aku yang terkorban. sadis diorang ni. Besday aku dah lepas weh!!
(Thanks Ayin tolong cover aku)

Trademark.
 
Candid.
 
Antara geng2 perompak favorite aku. Ade diorang memang confirm happening lah.
 
P/S : Mission jeng3x completed. Next time tak nak gune tepung dah. Nak gune serbuk kari plak. Biar korang tau sadis ke tak :P