Thursday, September 19, 2013

~ Mount Kerinci 3805m , the highest mountain in Sumatra,Indonesia ~

Belek punya belek laptop aku ni, baru aku jumpa gambar2 time hiking Gunung Kerinci. Dah lama kot. Bulan Februari lepas. Just untuk perkongsian bersama, Gunung Kerinci merupakan salah 1 gunung berapi di Indonesia yang sangat aktif & boleh meletus pada bile2 masa sahaja. Ape yg mengejutkan on 2 June 2013 Gunung Kerinci betul2 meletus...means hanya beberapa bulan lepas aku hiking. Tak nak lah citer pasal hal gunung yang meletus ni. Tibe2 jadi seram.

BTW, aku sangat enjoy this trip. Walaupon pada mase yang same bermacam-macam dugaan aku terima, Allah still mengizinkan aku menjejakkan kaki di Sumatra ini. Memang aku syukur sangat. Actually, 1st time aku google berkenaan Gunung Kerinci ni time aku di zaman belajar lagi. Walaupon that time tak pernah terlintas di fikiran aku untuk betul2 sampai ke sini. Bumi tuhan sangat indah. Walaupon gunung berapi, tapi kawasan dikelilingnya sangat subur. Sangat dingin. Jauh dari apa yang aku pernah jangka.

Mount Kerinci...I'm Coming...

At Tugu Macan. Hutan Gunung Kerinci memang terkenal ngan haiwan ni. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan kami, kami tidak terserempak ngan haiwan ni. Syukur...

Sebelum start mendaki.

Azabnye trek Allah je tahu. Nangis...nangis..& nangis.

Me, Inna Saidi (Singapore) & Hana (Singapore)

Me & Andaka (Indonesia). Beza sekali beg kitorang. Beg kecik tu pon aku dah nak terpengsan usung sampai puncak. Kalau bawak beg sebesar Andaka tak tau ape jadi kat aku. Huhu.

1st time tunjuk skill masak time hiking. :P

Kat Shelter 3. Kami camping kat sini sebelum meneruskan perjalanan ke puncak pada esok harinya.

Pemandangan memang sangat santekkkkkkkk..

Akhirnye, puncak Kerinci berjaya di tawan. Gabungan 3 negara. 

Me, Hana, Alika (Indonesia) & Inna. Sepatutnye ade 5 org ladies. Tapi lagi sorang membuta kat Shelter 3 tak mau hiking ke puncak. Sadissss..

Yogie & Habib (Indonesia). Gigih budak berdua ni. Sanggup mengangkut kaki kamera tu ke puncak.

Malaysia tetap di hati.

P/S ~ Tengah mengambil mood untuk ke Mount Sibayak, Medan esok malam, flight 9.35pm. Semoga dipermudahkan. 15hb September 2013 dapat berita, Mount Sinabung, Medan meletus. Agak berhampiran Mount Sibayak. Alhamdulillah ia tak terjejas. Syukur again :)



No comments:

Post a Comment