Tuesday, April 30, 2013

~ Myself # 1 ~


I am simple person who hides thousand feeling for a smile
...........................................







Saturday, April 27, 2013

~ Jalan Kaki Amal AVON @ Presint 3, Putrajaya ~

     Harini aku bangun lambat coz malam tu aku tak berape sehat & tak leh tido. Al kisahnye memang aku sangat lambat & ape lagi, kena bebel la ngan Kak Satinah. Die sampai umah baru aku sedar. Die bawak laju2 & terus kedataran coz berjanji dengan budak2 laen untuk jumpe kat sane. Sampai2 sorang pon xde. Apakah mereka terus ketempat berlepas & meninggalkan kami? Huhu...aku rase sangat bersalah time tu. Tup..tup...dapat mesej & call dari budak2 laen. Diorang lagi lambat. Ade yang sesat bagai. Adoyai...Putrajaya je kot. Kesimpulannye, kami semua kena bebel ngan Kak Satinah pagi tu...huhu..

Sampai2 parking bergambor dulu. Tak sedar diri kami ni. Dah la lambat. Dok sebok berposing bagai dulu.

Dari parking nak ke tempat berlepas pon dah jauh. Dah letih berjalan. Adoyaiiii..

Semadikan tandatangan mahal aku kat wall yang disediakan.

Rehat jap. Letih tunggu budak2 laen dok bergambor ngan kuda. Memang sabor je lah diorang ni.

Kitorang memang santai. Pantang jumpe check point mesti singgah & benti bergambor dulu.

Achaha lagi lambat hari tu. Baru nampak muke die. Hari tu memang hari lambat sedunia.

Habis larian amal kitorang menjengah ke booth AVON Putrajaya milik boss aku. Macam tak pernah jumpe lipstick diorang ni.

Lepas larian tu kitorang lepak kat Sunway Pyramid. Annia, Pakwan & budak laen2 yang tak join larian p maen ice skating kat sane. 

We again. My BFF.

P/S : Ni kali ke-2 aku p maen ice skating. Huhu..aku memang tak pandai. Tak pandai nak imbangkan badan. Mesti tergelongsor jatuh. Aleh2 aku melekat je kat dinding gelanggang tu. Tak berani nak bergerak.


~ Raya @ kampung Ayin ~

Dah macam pengantin si Aqmal & Ayin. Aku ngan Ririn plak dah macam pengapit diorang.

Merah makngah. Our favorite colour. 

 Tadaaaa....kami bersama orang2. 

Ni antara gambar kesukaan aku. Thanks Annia. Gambar2 yang u amik memang cantek.

Budak2 dalam perompak gunung panggil kitorang 3 serangkai. Haha...kelakor. 

Hohoho...keta kancil ni la yang berkhidmat pada kami, membawa kami jalan2 sekitar kampung Tanjung Karang ni. 

Driver & mam besor. 

Sangat cantek. Wish untuk datang sini lagi nanti. Maybe time kenduri si Ayin ngan Nazri nanti kot. InsyaAllah ade jodoh diorang. 

P/S : Selalu teringat kampung halaman. Rindu time kecik2 dulu. Hope 1 hari nanti dapat menjengah ke sana.

~ My birthday party ~

29 Aug 2012 ~ Ulang tahun ke 26 aku. Haha...aku memang tak kesah nak reveal umur sebenar aku. Yup..getting older. Aku berkongsi bulan lahir yang sama dengan Ayin, Aqmal & Nasa. Nice kan? Sebab tu kitorang sangat rapat. Perangai pon lebih kurang. Semoga persahabatan kami berempat akan kekal keakhir hayat. Thanks to kawan2 perompak yang celebrate besday kami malam tu.

Semoga panjang umor & murah rezeki untuk diri sendiri, Ayin, Aqmal & Nasa.

Really miss this moment!! Rase sangat di hargai dalam grup Perompak. Ukhwah yang sangat kuat. Nilai persahabatan yang aku tak pernah dapat. 


Biru (Ayin punye), Pink (Nasa punye), Ungu (I punye). Thanks Ririn.

Besday boy. Aqmal & Nasa.

Kek buah. Kesukaan si Aqmal.

Ni la hasilnye sebelom balik. Berpeloh2 kitorang lari nak selamatkan diri. Tapi tak berjaya. Takpelah. Lepas melantak bersenam la plak. 

P/S : Teringat pada sorang sahabat yang wish besday aku tahun tu. Die wish awal kot. Confius katenye. Kelakar gile. Apepon...thanks eh. But, don't do that to your love one. Coz girl ni memang sensitif sikit bab tarikh2 keramat dalam hidup die. 

Friday, April 26, 2013

~ Ungu feat Rossa - Kupinang Kau Dengan Bismillah (Lirik) ~



P/S ~ Nice song. Salah 1 lagu yang aku suke. Enjoy k!! Buat peminat Rossa & Ungu.

~ Iftar Ramadhan & Hiking Broga Hill ~

     Setelah menggodek2 pc aku, akhirnye aku jumpe gambar2 time iftar & hiking Broga Hill ni. Punye lame dah kejadian ni. Baru berkesempatan nak upload post ni.

     Alhamdulillah, iftar Ramadhan bersama anak yatim ni merupakan aktiviti tahunan bagi Perompak Gunung. Dunia...dunia jugak. Yang Akhirat jangan dilupa. Actually banyak lagi kot gambar time ni. Tapi tak jumpe la. May be ade pada Annia Loy kot. So, nikmatilah yang ade ni dulu k :

Me, Annia, Farah, Anak angkat Ayin, & Ayin. (Sebijik budak kecik tu ngan mak angkat die) 
Sangat comel!!

Yang baju merah ni Sis Satinah. Kak Long dalam perompak gunung. Die ni baek. Tapi agak kasar skit. Mulut memang tak bleh blah. Tapi, yang kenal die, kenal la. Die baek sebenarnye. 

Lelaki yang tengah2 ni Pakwan name die. Orang yang bertanggungjawab bawak aku dalam grup Perompak Gunung ni. Orang Kedah. Target die memang nak kawen 4. Sangat kelakar. Selalu jadi bahan dalam grup. Cian jugak kadang2.

I ngan Ayin. BFF aku. Ermmm...kat belakang tu Si Nazri kalau tak silap. 

Bergambar kenangan bersama pengetua rumah anak yatim ni.

Time salam2 nak balik tu, ade sorang adik penghuni rumah anak yatim tu panggil aku. Die bagi aku hadiah tupperware bentuk love & selendang. Die cakap muke aku macam kakak die. Aku tak sampai hati nak tanye kakak die kat mane sekarang. Takut tersalah cakap. Aku tak tau nak bagi ape kat die. Last2, aku bagi minyak wangi yg ade dlm beg mekap aku. InsyaAllah, sampai sekarang kami masih berhubung. Semoga hubungan ni berkekalan sampai bila2. Time ni aku sangat sedih... :'(

Habis berkemas2 malam tu lebih kurang kul pukul 12.30 malam. Lepas ni nak panjat Broga. Huhu... ikut hati aku nak tido dalam keta je. Tunggu je diorang yang nak hiking tu turun. Perut aku memang dah full gile. Dari Rawang kitorang terus ke Semenyih. Dalam pukul 2 pagi baru kitorang sampai. Siap2 dalam pukul 2.30 pagi jugak la baru start hiking.


Memang cantek pemandangan malam di puncak Broga. Tak menyesal panjat walaupon penat nak mampos. Dalam keadaan perut yang terlalu kenyang & badan yang letih. Esok plak kena kerja. Azabbbbb...

Menu sahur. Takut tak sempat turun. Makan je la ape yang ade. Turun2 tinggal beberape minit lagi nak habis waktu sahur. 

P/S : Memandangkan aku, Ayin, & Achaha kena kerja pagi tu, balik dari Broga ni, kitorang terus ke ofis. Nak balik rumah takut nanti tak datang kerja dah. So, kitorang pon membuta jap kat ofis. Pakai je ape yang ade untuk kerja. Naseb halfday. 




Wednesday, April 3, 2013

~ 311 Love Song ~


P/S ~ However far away, I will always love u. However long I stay, I will always love u. Whatever words I say, I will always love u..... AAB

Tuesday, April 2, 2013

~ Perompak Gunung VS K'Dau Adventure @ Jerangkang ~

13 Julai 2012 ~ Ni 1st time Perompak Gunung JV event ngan group K'Dau Adventure. Banyak pengalaman baru kami timba memandangkan group K'Dau Adventure ni terdiri dari otai2 belaka. Tapi diorang sangat sempoi & sporting. Tak kesah berkongsing ilmu dengan kami yang newbie2 belaka ni. Memang excited habis la joint event kali ni coz kami buat aktiviti laen selain dari hiking. Ekspidisi 4 wheel drive & berakit. Hiking memang event wajib la. tapi tak ekstrem sangat. Just about 2 hours je.

Ni diantara foto2 yang sempat di snap. Enjoy k :

Malam ketibaan di Temerloh. Macam biase. 3 of us. (Aqmal, Ayin & me)


Hari pertama di sana. Snap picture sebelum start hiking. Time ni happy belaka. Start hiking untuk ke air terjun semua muka berubah. Hiking tak sampai2. Bleh tahan treknye wlaupon guide cakap just amik mase 2 jam.

PGW yang kental. Memang tapik spring kat diorang ni. Cekal gitu.

Ready sebelom mendaki.

Dah sampai puncak air terjun masing2 senyum sampai ke telinga. Syukurrrrr...

Rase macam kat Sunway Lagoon.

Turun2 dari gunung semua kebuluran. Thanks pada chef kitorang; abg2 K'Dau. (Makanan memang terbaek. Menambah2 kitorang makan)

Hari ke-2 : Berakit-rakit ke hulu. Berenang-renang ketepian. Haha..dek kerana aku tak sempat salin baju tdo, aku terjun berakit ngan baju tdo aku. Tapi belasah je lah.

Sampai kawasan cetek macam ni lah jadinye. Tersangkut kat batu2. Bayangkan 2 jam buat tubing ni. Kebas jugak la bontot lepas tu. Nak nanges pon ade. 

Kat kawasan air dalam & air tenang baru bleh rest dengan amannya.

Last day, packing2 khemah & barang2. Mau balik dah.

Bergambar bersama otai2 K'Dau adventure. Actually kitorang bergambar kat atas 4 wheel drive tu. Tapi sayang, dah tertimbus oleh perompak2 sekalian.

Sebelom balik kitorang rompak kebun durian si Aqmal. kebetulan kampung die kat sana. Terbaek2. 

Dah ready nak balik KL dah. Kalau ade rezeki jumpe lagi. 

P/S : Malam tu semua sakit2 badan. Yelah...event 3 in 1. Tapi sangat best. Semua pecut balik KL. Esok keja plak. Huhu...tahan mata je lah. Macam biase, PC on tapi tangan kat mouse tak gerak2. Taktik ku di hari Isnin. (Bile hari minggu ade event perompak jela. Hari laen aku normal)