Alhamdulillah, iftar Ramadhan bersama anak yatim ni merupakan aktiviti tahunan bagi Perompak Gunung. Dunia...dunia jugak. Yang Akhirat jangan dilupa. Actually banyak lagi kot gambar time ni. Tapi tak jumpe la. May be ade pada Annia Loy kot. So, nikmatilah yang ade ni dulu k :
Me, Annia, Farah, Anak angkat Ayin, & Ayin. (Sebijik budak kecik tu ngan mak angkat die)
Sangat comel!!
Yang baju merah ni Sis Satinah. Kak Long dalam perompak gunung. Die ni baek. Tapi agak kasar skit. Mulut memang tak bleh blah. Tapi, yang kenal die, kenal la. Die baek sebenarnye.
Lelaki yang tengah2 ni Pakwan name die. Orang yang bertanggungjawab bawak aku dalam grup Perompak Gunung ni. Orang Kedah. Target die memang nak kawen 4. Sangat kelakar. Selalu jadi bahan dalam grup. Cian jugak kadang2.
I ngan Ayin. BFF aku. Ermmm...kat belakang tu Si Nazri kalau tak silap.
Bergambar kenangan bersama pengetua rumah anak yatim ni.
Time salam2 nak balik tu, ade sorang adik penghuni rumah anak yatim tu panggil aku. Die bagi aku hadiah tupperware bentuk love & selendang. Die cakap muke aku macam kakak die. Aku tak sampai hati nak tanye kakak die kat mane sekarang. Takut tersalah cakap. Aku tak tau nak bagi ape kat die. Last2, aku bagi minyak wangi yg ade dlm beg mekap aku. InsyaAllah, sampai sekarang kami masih berhubung. Semoga hubungan ni berkekalan sampai bila2. Time ni aku sangat sedih... :'(
Habis berkemas2 malam tu lebih kurang kul pukul 12.30 malam. Lepas ni nak panjat Broga. Huhu... ikut hati aku nak tido dalam keta je. Tunggu je diorang yang nak hiking tu turun. Perut aku memang dah full gile. Dari Rawang kitorang terus ke Semenyih. Dalam pukul 2 pagi baru kitorang sampai. Siap2 dalam pukul 2.30 pagi jugak la baru start hiking.
Memang cantek pemandangan malam di puncak Broga. Tak menyesal panjat walaupon penat nak mampos. Dalam keadaan perut yang terlalu kenyang & badan yang letih. Esok plak kena kerja. Azabbbbb...
Menu sahur. Takut tak sempat turun. Makan je la ape yang ade. Turun2 tinggal beberape minit lagi nak habis waktu sahur.
P/S : Memandangkan aku, Ayin, & Achaha kena kerja pagi tu, balik dari Broga ni, kitorang terus ke ofis. Nak balik rumah takut nanti tak datang kerja dah. So, kitorang pon membuta jap kat ofis. Pakai je ape yang ade untuk kerja. Naseb halfday.
No comments:
Post a Comment