Thursday, September 19, 2013

~ Mount Kerinci 3805m , the highest mountain in Sumatra,Indonesia ~

Belek punya belek laptop aku ni, baru aku jumpa gambar2 time hiking Gunung Kerinci. Dah lama kot. Bulan Februari lepas. Just untuk perkongsian bersama, Gunung Kerinci merupakan salah 1 gunung berapi di Indonesia yang sangat aktif & boleh meletus pada bile2 masa sahaja. Ape yg mengejutkan on 2 June 2013 Gunung Kerinci betul2 meletus...means hanya beberapa bulan lepas aku hiking. Tak nak lah citer pasal hal gunung yang meletus ni. Tibe2 jadi seram.

BTW, aku sangat enjoy this trip. Walaupon pada mase yang same bermacam-macam dugaan aku terima, Allah still mengizinkan aku menjejakkan kaki di Sumatra ini. Memang aku syukur sangat. Actually, 1st time aku google berkenaan Gunung Kerinci ni time aku di zaman belajar lagi. Walaupon that time tak pernah terlintas di fikiran aku untuk betul2 sampai ke sini. Bumi tuhan sangat indah. Walaupon gunung berapi, tapi kawasan dikelilingnya sangat subur. Sangat dingin. Jauh dari apa yang aku pernah jangka.

Mount Kerinci...I'm Coming...

At Tugu Macan. Hutan Gunung Kerinci memang terkenal ngan haiwan ni. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan kami, kami tidak terserempak ngan haiwan ni. Syukur...

Sebelum start mendaki.

Azabnye trek Allah je tahu. Nangis...nangis..& nangis.

Me, Inna Saidi (Singapore) & Hana (Singapore)

Me & Andaka (Indonesia). Beza sekali beg kitorang. Beg kecik tu pon aku dah nak terpengsan usung sampai puncak. Kalau bawak beg sebesar Andaka tak tau ape jadi kat aku. Huhu.

1st time tunjuk skill masak time hiking. :P

Kat Shelter 3. Kami camping kat sini sebelum meneruskan perjalanan ke puncak pada esok harinya.

Pemandangan memang sangat santekkkkkkkk..

Akhirnye, puncak Kerinci berjaya di tawan. Gabungan 3 negara. 

Me, Hana, Alika (Indonesia) & Inna. Sepatutnye ade 5 org ladies. Tapi lagi sorang membuta kat Shelter 3 tak mau hiking ke puncak. Sadissss..

Yogie & Habib (Indonesia). Gigih budak berdua ni. Sanggup mengangkut kaki kamera tu ke puncak.

Malaysia tetap di hati.

P/S ~ Tengah mengambil mood untuk ke Mount Sibayak, Medan esok malam, flight 9.35pm. Semoga dipermudahkan. 15hb September 2013 dapat berita, Mount Sinabung, Medan meletus. Agak berhampiran Mount Sibayak. Alhamdulillah ia tak terjejas. Syukur again :)



Tuesday, September 17, 2013

~ Merompak Majlis Kawen Abg Long PG ~

Akhirnye, 15hb September 2013 berlangsunglah majlis perkahwinan Abang Long. Maka meloponglah Annia Loy, Ririn & aku. Haha :P    mane taknye, jejaka idaman dalam Perompak Gunung dah dirompak orang. Dirompak oleh orang luar plak tu. Tapi xpelah...rezeki die..hihi...InshaaAllah ade rezeki, Abang Long bawak puan isterinye mendaki gunung same2.

BTW, berpusing2 jugak kitorang mencari dewan majlis ni. Tambah2 dikepalai oleh Abg Syidi. Sesat barat jadinye. Haissshhh... Letih....lapar pulak tu. Apepon merompak kali ni memang happening. Dapat makan sedap!!! Cendol lagi!! Double2 sedap.

Masuk2 dewan semua meluru amik makanan dulu. Penuh2 semua pinggan masing2. Lapor rupenye semua.

Ni je yang sempat dicoretkan buat Abang Long & isteri.

Sementara menunggu pengantin. Ruangan ni di kuasai oleh kitorg. Habis org laen tak dapat bergambor.

Comey rupenye masing2. Selame ni tengok muke deme comot je ngan tanah bagai time hiking.

Diorg berdua ni baru je kawen beberape bulan yg lepas. Perompak bertemu perompak. Alhamdulillah. Any event senang pi same2.

Inilah pasangan mempelai. Abg Long & isteri. :)

Ape lagi...merompak pentas la pulak.


Balik dari kenduri ni kitorang p melantak kat Iceroom la pulak. Ni Nasa punye pasal la. Macam xde benda laen yg diteringinkannye. Aiskrim jugak yg dicari.

P/S ~ Minggu yang sgt memenatkan. Sebab malas nak drive sorg2 balik KL, aku naek bas je. Ingat boleh la membute dlm bas tu. Tak jugak. Huhu...sakit badan woooo...

Thursday, September 12, 2013

~ FOCUS ~

# Find & Fight for your target #




P/S ~ Never giveup Erisya!!!








Sunday, September 8, 2013

~ Bukit Kutu, KKB Selangor ~

Bukit Kutu located @ Kuala Kubu Baru a.k.a KKB. Berketinggian 1100m/3600ft membuatkan aku wondering kenape 'bukit'. Ape ade pade name? ye dak? Selepas Bukit Larut, aku tak pernah pandang rendah pade any bukit lagi. Seperti yg dah di jangka, Bukit Kutu is quite challenging & it can take btw 3 or 4 hours to the peak.

31 Ogos 2013, aku join event PG tu Bukit Kutu. Memang dah lame teringin sebenarnye. Baru ni berkesempatan. Thanks for the great &'azab' moment!!


Shuk, Me, Toyol & Jimmi Mosco

Sangat happy berkesempatan hiking ngan legend hiking bro Jimmi. Putus nafas cube follow die. Tak mampu nak tandingi die. Ketinggalan kat belakang la aku :(

With my sifu. Pakwan!! Dari zaman ro2 uitm lagi die ni jd mcm trainer aku. Sgt tegas. Tak pernah manjakan aku. Kalau aku ckp aku penat lagi die perambat aku suruh cpt. Tak pernah kesiankan aku. Pendek kate die sgt kejam. Tapi sebab die jugak aku jadi seorang yg sgt kental & tahan lasak. :)

Sampai di checkpoint C5. 

Selepas 4 jam mendaki baru jumpe signboard ni. Finally I'm here. Syukur Alhamdulillah for opportunity given.

Selamat Hari Merdeka. We love Malaysia. 

P/S : Kambing bakar terbaik yg pernah aku mkn@Bukit Kutu. Made in Perompak Gunung. Sorry tak sempat tolong membakar. Saya sgt kepenatan. Bangun2 kambing dah siap. :)