Monday, March 24, 2014

~ Riang ria Bukit Bendera ~

Believe it or not, selama aku tinggal di Penang, inilah 1st time aku menjejakkan kaki ke Bukit Bendera. Last minit punya plan, kami putuskan untuk mendaki Bukit Bendera via Moon Gate. Plan ni memang tak dijangka. Malam tu kitorang layan Muay Thai kat dewan Kubang Semang. Sepatutnya habis je Muay Thai terus balik rumah. Tapi tiba2 ringan je mulut salah sorang dari kitorang lontarkan idea untuk mendaki Bukit Bendera. Kitorang yang lain ni plak bukan main senang balas setuju. Memang plan gila. Walhal masing2 tak pernah daki ikut Moon Gate tu. malam tu kitorang Google internet & cuba kumpulkan seberapa banyak maklumat yang mampu membantu kami.

Habis je event Muay Thai kami terus balik rumah untuk bersiap2. Mak aku of course la terkejut beruk bila tengok aku siap2 barang mendaki tengah2 pagi buta tu. Tapi tulah mak aku. The best mom in the world!! Sentiasa jadi tulang belakang ku. Tengah aku siap2, mak aku pulak sibuk masak air panas kat dapur. Biasanya dia akan masakkan bekalan untuk aku & kawan2 aku untuk mendaki. Tapi malam tu aku faham la, dah la last minit aku inform dia nak p hiking, tengah2 pagi buta plak tu, air kopi panas je lah yang jadi bekalan kami malam tu. Tak sempat dia nak masak macam selalu. lagi pon aku sendiri kejar masa. Kami harap kami sampai di kaki pintu Moon Gate & start mendaki sebelum 5 pagi. Kalau boleh nak kejar sunrise kat atas tu.

Jalan raya pagi2 buta memang lengang. Bolehla si Kungpow tu pecut laju sikit dari biasa. Cepat sikit kami sampai. Alhamdulillah, kami sampai dengan selamat. Laju2 jugak. Keselamatan di utamakan. Sampai je kat area parking berdekatan Moon Gate tu, kitorang pon siap2 untuk mendaki. Secara rasminya kami start mendaki lebih kurang jam 5.10 pagi.

Di pertengahan jalan ke puncak. Memang cantik sangat view dari sini. Tak sempat nak kejar sunrise kat puncak. Start dari check point ni aku dah mula down nak teruskan perjalanan. Jauh weh perjalanannye. Huhu...

Tapi bila dah sampai atas, rase tak nak turun plak. 

1st time sampai sini. Alhamdulillah.

Subhanallah. memang cantik sangat tempat ni.

 Berangan untuk punya kolam seperti ini di halaman rumah sendiri.

Comel tak? Comel tak? Aku paling suka yang kaler pink tu. 

Unik. Rumah tinggal yang ada kat puncak Bukit Bendera. Menyimpan 1000 misteri. Momokan warga sekitar.

Berangan jap dok oversea.

Diantara menu yang kitorang order haritu. pagi dok buang lemak. Tengah hari sesi menambah lemah plak. 


P/S ~ Actually ni event last aku sekali Satri & Kungpow. Macam farewell party la gamaknye. :'(










No comments:

Post a Comment