Tuesday, May 15, 2012

~ Kayak @ Kenyir ~


     4 May 2012, Jumaat : Skali lagi aku follow budak2 perompak gunung. Kali ni kitorang buat aktiviti yang laen dari biase, BERKAYAK. Rekod dicipta. Kami adalah grup pertama yg berkayak paling jauh drpd Pulau Gawi ke Air Terjun Lansir. Tak penah di buat org. Sangat gile. Ape pon, juta2 thanks to Nash & admin yg menerbitkan idea ini. Sgt mencabar.

Sebelum bertolak.

     Kitorg bertolak pd mlm Jumaat lebih kurang pukul 10.30 mlm & smpai di jeti tasik kenyir lebih kurang pukul 7.30. Mule2 sampai masing2 sgt teruja. Walawee..ni 1st time aku sampai ke Kenyir & 1st time gak aku baru nak belajar kayak. Seyesly, sgt excited. Tapi tibe2 ke’excited an aku tu terbantut time breakfast. Sampai ke harini aku menyumpah kedai tu. Nasi lemak yg di order berulat. Huhu, cian pd budak2 yg dah selamat me’licinkan pinggan masing2. Dalam kelaparan kitorg terpakse meneruskan agenda. Xpelah, tahan perut smpi mkn t/hari nnt la jawabnye.

Kitorg bertolak dr jeti tasik kenyir ke Pulau Gawi dengan menaiki bot.

     Kat sane kitorg buat last preparation sebelom start berkayak. Pasangan kayak masing2 pon di tentukan.
Aku ngan Wan, Nasa ngan Ririn, Viruz ngan kak Satinah, Nazri ngan Ayin, Derder ngan Annia, Abg Fadzli ngan Kak Syidah, Rimau Kumbang ngan Didi & Apit ngan Nuaz. 

Aku ngan partner. Thanks coz jd partner yg sgt sporting & mantap. 

     Untuk 3 jam pertama berkayak, masing2 leka & terpaku ngan keindahan tasik Kenyir tu. Tapi lame2…masing2 dok mengomel…bile nak sampai ni woi…huhu… Pagi bawak ke tengah hari. Tengah hari bwk ke petang kami berkayak. Mental doh. Sepanjang berkayak aku ngan partner dok menyanyi utk menghibur hati. Aku pasti grup yg laen pon ade pe’el masing2 sepjg berkayak meredah tasik kenyir tu. 

Masing2 dah pening. Tuan kayak pening, kayak lg la pening. Langgar2 bagai.

Berehat sebentar di pulau ni.

Perompak pulau.

     Jam menunjukkan pukul 4.40 ptg. Alhamdulillah, aku ngan Wan merupakan pasangan 1st yg sampai ke air terjun Langsir. Penat weh. Huhu… Tak lame lepas tu, yg laen2 pon sampai. Masing2 muke xbleh blah. KEPENATAN sume. Kitorang pon survey tmpt untuk berkhemah mlm tu. Walaupon pukul 5, tapi hari dah mule gelap coz cuace yang tidak baek. Lepas pasang khemah, masing2 p ke sungai membersihkan diri. Malam tu lps makan masing2 beransur ke khemah masing2 utk tido. Simpan tenaga lor. Esoknye kena berkayak balik ke Pulau Gawi. Huhu…



Bergambar dulu di air terjun Lansir sblum berkayak balik ke Pulau Gawi.

     5 May 2012, Sabtu : Kol 8 pg kitorang dah mula mendayung. Laju2 kayak ku laju ~~~~~ . Lagu tema aku ngan partner time berkayak. Sgt nostalgia. 

Lagi bergambar sebelum berkayak balik ke Pulau Gawi.


     Pengalaman yg tak mungkin aku lupekan, aku ngan partner terpakse berhenti di 1 pulau sbb masing2 dah xtahan nak buang air. Ni mesti penangan nasi lemak berulat semalam tu. Sadis lah!!. Agak jauh aku & partner ditinggalkan pasangan laen. Sedih je aku tgk muke partner aku. Cian die. 

Luasnye tasik kenyir ni...MasyaAllah...indah sungguh ciptaan-Mu.

     Alhamdulillah, lps buang air kitorg semangat & start kejar yg laen2 & sampailah kami berada kat depan sekali. Hihi…Yes! Kayak kami memang dah pasang enjin turbo. Haha… kami rest kat Pulau Herba utk lunch & solat. Dlm pukul 2 ptg kami meneruskan perjalanan & sampai kat Pulau Gawi semula dalam jam 4 ptg. Alhamdulillah, semua selamat sampai. 

     Dan yg paling best kami bawa pulang harta yg sgt berharge, kenangan terindah lengkap berpackage kan kepenatan & kelegaman muke yg sunburn.  Lps siap bersihkan diri, kitorg dibawa oleh bot ke jeti Kenyir. Di sana menanti pakcik bas yg akan membawa kami ke Marang Waterfront Resort.



p/s : Event snorkeling@Pulau Kapas menanti keesokan harinye, 6 May 2012.

Tuesday, April 24, 2012

~Merompak Gunung Bunga Buah, Genting~


     22 Apr 2012, Ahad : Kali ni aku follow budak2 perompak gunung mendaki Gunung Bunga Buah, Genting.Tempat sejuk beb…tergugat gak la pagi tu (aku memang tak tahan sejuk). Kali ni agak ramai yang join, lebih kurang dalam 20 orang. Kitorang sepatutnye berkumpul di  7E Gohtong Jaya dalam pukul 6.30 pagi.Tapi biaselah, disebabkan beberape ensiden yg tak dpt dielakkan, pukul 8 pagi baru nak start. Memang sadisss!!! Ni Pakwan punye pasal la. (Next time please punctual ye pakcik. Lagi 1, mlm sebelum event jgn berjimba sangat, takut terbabas nak bangun tido nanti)

     Bile sume dah sampai, kitorang pon start warming up yg diketuai oleh cip perompak, Nashoruddin a.k.a Nasa. Nasa, ade pesanan untuk kamu. Salah sorang budak yg join hiking ni minat kat kamu. (Saje bikin kontroversi. Jangan marah aku ye boss)

Bergambar sebelum memulakan pendakian. 
(Sadisslah si Naazri ni dok tongah2 menghalang gambar banner tu)

     Perjalanan kitorang sangat mencabar. Aku naek mental kot ngan bukit turun naek ni. Aku takleh nak budget bile boleh sampai puncak. Yola! Sat naek…pastu kena turun…pastu naek balik…huhu…sadis2…berkire2 aku bile la baru bleh sampai puncak macam ni… Tambah mental  aku coz aku follow Viruz Are-Pul yang berjalan laju nak mampos. Naek somput den cube mengejor. Kalau lambat takut ketinggalan. Terpakselah gigihkan diri memaintainkan speed mendaki untuk follow si Viruz ni.  Alhamdulillah kitorang sampai puncak dalam pukul 12.30 lebih2 sket gitu.

Berehat sebentar.

Pertunjukan kasut. Macam2 ada. 

Bergambar di tebing. View nice tapi kena careful la. Kalau jatuh memang p terus la.

Lagi gambar kat tebing. 

Berehat sebentar sambil amek gambar. Itu WAJIBB!!

     Kitorang rest kat puncak  dalam sejam lebih gak. Cukup rehat, cukup makan (disajikan dengan megi kari campur telur & tomato yg disediakan oleh Chef Mior. Perrgghh..kena plak ngan air strawbery yg panas2. Memang TERBAEKLAH!! ) Seyes aku makan sampai licin isi megi tu. Kuah je yang aku tinggalkan. Hehe..


Motong tombikai yang di bawa oleh Mior. Sedap2!!

Puncak Gunung Bunga Buah. Congrates guys!!

     Dalam jam 2 petang kitorang start siap2 untuk turun. Kena cepat coz cuaca macam tak berape bagus. Kalau hujan masak kitorang kat atas tu nak turun. Alhamdulillah dalam jam 5 petang kitorang dah sampai bawah. TERBAEKLAH!!

Macam2 aksi diorang ni bergambar. So sweet  (bak kate Erin Nurse).

Ni gambar terbaek hari tu. Sangat suke. Like sejuta kali.

p/s: Thanks pd semua yg terlibat hari tu; LUV U OLLS. Tak sabar waiting for KENYIR plak.

Thursday, April 12, 2012

~ Explore Gua Batu Maloi ~

     8/4/2012, Ahad - Aku ngan budak2 group Perompak Gunung menjelajah ke daerah Johol, N.Sembilan untuk explore keindahan Gua Batu Maloi. 14 orang semuanya yang join di temani 3 orang renjer hutan yang berpengalaman. Kitorang berkumpul di RnR Seremban & di exit Pedas-Linggi. Bile semua geng dah sampai kitorang meneruskan perjalanan ke destinasi yang di kehendaki. Sepanjang perjalanan ke sana, sangat banyak periuk api yang terpakse kami redah...huhu...sangat SADISSS (huwaaaaa...banyak najis lembu yang terpakse di elak).

Gambar sebelom memulakan tracking ke gua. 
(Sila abaikan tarikh tertera. Si Erin tersalah setting kamera die ma..sadis!)

Sarapan kitorang pagi tu untuk menguatkan stamina. Bihun goreng & apam batu maloi. 
Nyum..nyum...memang terbaek.

Sepanjang perjalanan untuk ke pintu gua.

Diantara pose2 menarik hari tu :





Iklan gigi ( Hawa, me & Naazri )

Tragedi batu maloi. Haha...tapak kasut Si Annia Loy yang terkopak...memang sadis!!

Akhirnye, 14 Perompak Gunung berjaya sampai ke check point 12. Alhamdulillah..

Erin & me. ( Ni la downline aku. Akan ku train die sehebat mungkin..hihi..kononnye lah)
Sila abaikan tarikh tertera.

Renjis merenjis air sungai maloi. ( Sila abaikan tarikh tertera )

So sweet. ( Sila abaikan tarikh tertera )

1, 2, 3 terjoooooooooooon!! Busshhhh!!

Dalam perjalanan balik, kami jumpe fenomena ni. 
( Musykil2...kemane nak di tuju kambing2 tersebut..huhu )

p/s : Pengalaman yang tak mungkin dapat ku lupakan. Thanks semua. ( Satinah, Nashoruddin, Annia, Erin, Naazri, Idzham, Deris, Fifi, Shareen, Virus Are-Pul, Hawa, Ima, Orang Taman Nasa (sory, I lupe name) & me. Tak lupe juge ucapan terime kasih pade 3 power renjers terlibat. Hehe... =)

Monday, April 9, 2012

~ Franchise Media Bowling 2012 ~

 Last Sunday; 1st April 2012, aku, Achaha, Adzleen, Kak Imah, Ashraff & Faisal gigih pi One Utama, Damansara coz nak join bowling yang dianjurkan oleh MFA. Actually, kitorang masing2 dah penat gile coz hari sebelum tu kitorang ade event company. Dah janji kan...gigihkan aje. Malas nak cakap banyak. Bukan macam certain manusia yang mudah cancel last minute. Serius aku tak suke orang macam ni!

 Ada beberapa acara dipertandingkan hari tu.

1)10.00 am (Single) - Achaha Kin

2) 12.00 pm (Double) - Ashraff Korea
                                  - Me

3) 2.30 pm (Trio) - Achaha Kin ( Die ni memang gile kuase.Semua die nak pulun)
                            - Kak Imah
                            - Adzleen


Ni gambar time game double.

Aku sulamkan game aku ngan benda ni. Makan tetap makan.





p/s : Acara single dpt no.11.......acara double dpt no.22.......acara trio tak dapat nombor coz tak sempat maen habes..keh..keh..keh. Apa pon, yang penting semangat tak menyerah kalah. 

Monday, March 26, 2012

~ Sayu ~


....................................................................................................................................................................

p/s : Keluarga juga anak penguat diri. Just need them in my life right now....

Tuesday, March 20, 2012

~ Carta Hati ~

 ~ PERTAMA ~


~ KEDUA ~


~ KETIGA ~



~ Yang pertama tak semestinye yang terbaek, & yang terbaek tak semestinye yang pertama ~
( Aku olah sket untuk 'manusia' yang nak jadi yang pertama je. Kasi bukak mata sket na. Haha..)

P/S : Actually banyak lagi lagu2 yang aku suke dengar. Tapi yang bertahan agak lame dalam carta hati aku 3 lagu ni je lah. Try la layan kan. Sangat sedap... =)

Tuesday, March 13, 2012

~ Ciri-ciri lelaki yang WAJIB dijauhi ~

     Wahai wanita-wanita, gadis-gadis di luar sana, harini aku nak share sket ngan korang. Tips agar korang tak salah pilih. Takut nanti merana diri. Berikut adalah beberapa ciri lelaki yang aku dah listkan :

1) Garang ~ garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh (macam ler dia betul memanjang). Ingat sket la weh, wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan.


2) Cemburu buta ~ orang kata cemburu tu tanda sayang. Tapi jangan nak ber'OVER' sangat ye. Kalau dah kawen tu boleh di terima sket lah. Tapi ni belom ape2 (baru couple kot )dah nak control lebeh2. Tu tak leh...ni tak leh... Adoyaiiii... Relex ar. 


3) Suka berhutang ~ walawei....ape celop kau kerap berhutang ni! Tak dak duit buat cara tak dak duit la. Tak yah nak berlagak hidup cara orang kaya. Kau ingat kau tunjuk kau macam banyak duit...pompuan nak terpikat. Kitorang pon boleh beza la yang 'kaya pelastik' or tak.


4) Gatal ~ tak payah nak menggatal sangat lah. Pantang tengok pompuan cantek. Kau ingat kau cukup hensem ke? Geli kot. 


5) Suka cakap besar ~ cakap nak hebat, sembang nak kencang. At last habuk pon tarak. Ape kes? 




p/s : Wahai kaum2 wanita sekalian, nilai lah pasangan anda. Kalau pasangan ada memiliki ciri2 di atas, berdoalah semoga di lembutkan hati mereka untuk berubah ke arah kebaikan. Tapi kalau tak berubah gak, p angkat kaki awal2 ye. Jangan nanti dah terlambat baru nak menyesal. Apa pon tak boleh!