Sudah bersediakah aku? Bila soalan ini ditujukan kepadaku, ternyata tiada jawaban mampu terungkap di bibir. Terbit di hati rasa syukur tidak terhingga kepada Yang Kuasa di atas kurniaan yang satu ini. InshaaAllah akan kami berusaha melakukan yang terbaik bagi memikul amanah ini. Diari ni di hadiahkan oleh suami selepas beberape hari kami menerima berita gembira ni. Kononnye nak aku menulis la setiap perkembangan anak dalam kandungan ni. Tengok lah kalau rajin aku tulis la. Kalau tak memang aku biar kosong je lah buku ni ye. Harap maklum :)
16/6/14 ~ 1st time aku ke Klinik Kesihatan Nibong Tebal untuk dapatkan buku pink ni. Melilau jugak la suami aku mencari lokasi klinik ni yang terletak agak tersorok dari kesibukan pekan Nibong Tebal. Alhamdulillah akhirnya jumpa jugak. Penat mencari terubat serta merta dengan layanan baik nurse2 kat sane. Ternyata diorang ramah sangat. Tambahan pulak sistem perkhidmatan yang teratur memang tersangat memudahkan kami. Dalam hati berbisik, tak la teruk sangat klinik kerajaan ni macam di war-warkan oleh sesetengah pihak. Alhamdulillah jugak aku dapat nurse yang sangat baik & lembut hati yang bakal memantau aku sepanjang tempoh kehamilan aku ni; Kak Ros.
1/7/14 ~ Time ni dah masuk 15 minggu 2 hari kandungan aku. Haritu aku p checkup sorang2 tanpa Nasa. Almaklumlah kesian nak suruh dia turun Penang tiap2 minggu. Awal2 ni aku still ok nak drive sorang2, so, aku p sendiri lah. Tapi, sampai2 klinik je dah kena usik ngan kak Ros & doktor kat situ. Kesian sungguh katanye time mengandung ni kena p checkup sorang2. Perut dah makin memboyot nanti lagi kesian. Huhu.. Sedih jugak tengok perempuan lain sume suami diorang ade tunggu kat luar. :'(
3rd appoinment aku untuk checkup ialah 22/7/14. Malam sebelum tu aku pon bukak la diari yang suami hadiahkan tu. Nak study sikit ape yang patut. Supaye time appoinment nanti tak la nampak aku ni macam tak tau ape2 langsung. Kalau ikutkan esok masuk minggu ke-18 dah. Aku belum rase lagi semua yang tertulis kat diari tu. Menanti dengan harapan. Xcited!!!
P/S ~ 22/7/14 wajib bangun awal. Jam 8.15 pagi dah nak terpacak kat depan klinik. Cepat pi cepat balik. Aku tak apply cuti pon untuk pi checkup ni. So, kalau boleh aku kena masuk office sebelum jam 10 pagi. Tak rugi cuti aku. Hihi